I made this widget at MyFlashFetish.com.

August 25, 2010

tengah2 sy0k maen game tu aku terbace satu entri ne.......
                    "JALAN KE SYURGA"

inilah kisahnyer.......

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani

para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11
tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk
"Jalan Ke Syurga" dan juga menyampaikan ceramah agama.


Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya
akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang
tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun
dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah,
saya sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?". Budak
itu menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan
buku-buku tentang Islam ini". Ayahnya membalas "Anakku, di luar
sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak". Dengan muka yang
kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah, adakah
manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?" Ayahnya menjawab,
"Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..". Dengan nada
sedih, budak itu bertanya, "Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?".
Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Anakku, awak
boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati" .


Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas
tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar
bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang
ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal
hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan
berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru
jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.


Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke
rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di
pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang
membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.


Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling
untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang
menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis
loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia
tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu
menghalangnya supaya jangan pergi.


Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan
pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua
yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu
bertanya, "Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?". Dengan
senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi,
budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah
mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah
sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini
hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.



Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan
menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan
daripada-Nya" .. Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu
dan berpaling untuk balik.


Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, "Terima kasih ya
anak dan semoga Tuhan memberkatimu" . Selepas solat Jumaat pada
minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti
biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, " Ada sesiapa
yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?".

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk
muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
"Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya
tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya
belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk
memeluknya.


Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di
dunia ini." Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan
hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah
putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan
sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali
tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian
berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher
saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar
keseorangan, patah hati.


Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu
berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk
menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan
tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula
dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi "Siapalah di muka bumi ini
yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu
atau nak berjumpa dengan saya". Saya longgarkan tali ikatan di leher
dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat
dan semakin kuat.


Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata
saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat
comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya
jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.


Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan
kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya
menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula,
seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. "Makcik, saya
datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan
sentiasa melindungi makcik". Kemudian dia memberikan kepada saya

sebuah buku bertajuk " Jalan Ke Syurga" yang saya sedang pegang
ini. Bila "malaikat kecil" itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan
yang tertulis di dalam buku tersebut.


Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali
dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku
ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini
ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil
yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah
terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka. Ramai yang
berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka
melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema
di udara.


Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke
barisan hadapan di mana "malaikat kecil" itu sedang duduk. Dia
mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan
mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang
penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu
peristiwa..


Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah
ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain.
Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan
firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan
anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau
kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara
yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3; ".pada hari ini,
orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari
agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan
umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari
ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana
kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak
cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya),
kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani"

insaf-insaf la yea....
kita sebagai umat Islam harus
menjalankan tugas kite sebagai seorang muslim
mahu p0m kecik atau besar......

2 comments:

Nur Atikah binti Mohd Yusof said...

salam..citer betul ke ni??tersentuh sgt..terima kasih sbb kongsikan kisah yg baik ni

ven said...

wassalam.....bace entry nie kt fb....yg penting moral value yg diketengah kan dlm cite nie...betul @ x wAllahhualam....